Blogumulus by Roy Tanck and Amanda FazaniDistributed by CahayaBiru.com

Pemuda Melayu Kini

Wednesday, June 18, 2008

" Kasian aku melihat gelagat anak muda melayu sekarang.Macam tiada apa yang dapat di banggakan.Mereka hanya memenuhi kedai-kedai mamak pada waktu malam,disco atau merempit sesuka hati.Tiada sesiapa yang boleh mendekati mereka ini.



Aku tertanya dimana pejuang bangsa yang mencanangkan ketuanan melayu. Ada seketika dulu di paparkan merekalah akan mengubah anak melayu ini ke jalan yang betul.sekarang bila dah jadi pemimpin habuk pun tadak.Dulu ditayangkan mereka akan di nasihati dan di bimbing untuk menjadi manusia berguna namun tiada perubahan berlaku macam apa yang di buat publisiti murahan.



Ada seketika dulu mereka ingin mewajibkan Pelajaran Fardu Ain di sekolah dan di ambil ramai yang berpendidikan agama untuk menjadi tenaga pengajar namun yang mengajar hanya menjadi patung dalam kelas meyebabkan tiada perubahan,sehingga sekarang nak bismillah pun sudah tidak ingat.



Ada pula publisiti agar di bina pasarana bagi anak muda menjalankan aktiviti secara sihat oleh kementerian belia tapi sekarang itu tinggal angan-angan.Sayu aku melihat gelagat pempinan sekarang yang berterusan mempermainkan nasib anak muda melayu.Ditolak kesana kemari tanpa arah tuju.Hanya dipentingkan publisiti dan kekayaan mempergunakan golongan ini.



Tidak pernah kita terfikir mereka adalah pemimpin masa depan.Mereka masih belum masak dalam kehidupan dan tanpa bimbingan dan teguran mereka akan hanyut.Kita ada golongan terpelajar,namun mereka di ajar agar hanya berkawan dengan yang setaraf dengannya.Ada guru pula hanya memikirkan gaji yang ingin di perolehi.Kenapa?



Adakah golongan umur lingkungan 30 dan 40 an tidak merasakan penting untuk menolong anak muda ini.Kenapa harus kita berkisar pada kekayaan sahaja.Ramai anak muda sekarang sesat namun tindakan dari golongan pertengahan amat kurang.



Ada pertubuhan yang megekang maksiat pun sekarang menerima kehadiran maksiat dengan hati terbuka.Haruskah kita membiarkan keadaan ini berterusan.Pihak yang tahu tarbiah tolonglah gembelingkan kekuatan untuk membantu anak muda ini.Aku rasa lagi baik dari asyik berceramah tanpa tindakan.Jika kenaikan minyak boleh dijadikan isu penting,Keruntuhan ummah juga penting untuk di selesaikan.Jangan sudah terlambat baru kita sedar.......Fikirkanlah...

 
Chemendil Free Traffic © Copyright 2009 Chemendil | Coded And Designed by Zairolhamisam Mohamed Rani |